Saturday, 27 February 2016



MINGGU 1 : PENGENALAN KEPADA TELEKOMUNIKASI


Assalamualaikom... minggu ni saya belajar mengenai banyak perkara tetapi saya hanya tekankan beberapa sub topik sahaja. Peta minda bagi keseluruhan tajuk ini telah saya sertakan dalam blog ini bagi mengetahui secara umum tajuk ini.

Komunikasi bermaksud menyampaikan maklumat/mesej dari satu individu ke invidu yang lain. Terdapat model komunikasi yang terlibat iaitu model komunikasi Shannon and Weaver. Elemen yang terdapat dalam model ini terdiri daripada SUMBER---SALURAN---ISYARAT---PENERIMA---DESTINASI dan GANGGUAN seperti gambar rajah di bawah.


  


(cite: google image )


Berdasarkan model tersebut, info source (pemberi maklumat) akan menyampaikan mesej kepada individu/ destinasi. Mesej yang disampaikan itu akan dienkod dan dihantar melalui saluran yang digunakan sama ada menggunakan kemudahan teknologi ataupun bahan media yang berkaitan. Lalu mesej itu akan didekod semula supaya penerima mesej tersebut mendapat maklumat yang hendak disampaikan. Tetapi dalam model ini, terdapat gangguan yang akan menghalang mesej daripada sampai ke destinasi biasanya bunyi bising, “line” telefon itu sendiri dan banyak lagi. Akhir sekali, sekiranya penerima mendapat mesej tersebut, dia akan memberi respon kepada pemberi maklumat bagi menunjukkan yang dia faham/telah mendapat mesej tersebut.

Sebagai contoh, penggunaan SMS adalah selaras dengan model komunikasi ini. Terdapat lima perkara yg dilakukan secara berturutan

1.Sistem saraf manusia (sumber)
-individu ada maklumat yg hndak disampaikan pd kawan yg berada jauh darinya

2. Peralatan telefon (saluran)
- mesej (maklumat) ditaip utk disalurkan melalui telefon

3. Penentuan gelombang (saluran)
- pengantar memilih gelombang (nombor) dan peraturan mesej yg hendak dihantar dengan menaipkan kod penerima dan menekan isyarat 'OK'.

4. Telinga pendengar (penerima mesej-ada gangguan)
- penerima akan mendapat isyarat (bunyi) tone utk di akses. Semasa mesej dihantar kadangkala ada gangguan pada saluran utk menghantar mesej tersebut dan trdapat juga teks yg kurang jelas utk dibaca

5. Penerima dan destinasi mesej
- apabila mesej diterima, kawan anda (penerima mesej) dijangkakan akan dekod dan fahamkan maklumat yg disampaikan itu dan akan bertindak utk melakukan sesuatu dai mesej itu tadi



Ada 6 elemen penting dalam teknologi komputer dan telekomunikasi :




1. Manusia
Professional- org2 yang memang mahir dlm hal2 komputer contohnya programming dan seumpamanya. Boleh dikatakan juga jurutera komputer.
Pengguna akhir- golongan yang tahu serba sedikit mengenai komputer. Boleh dikatakan sebagai golongan yang hanya tau beli dan pakai je… hal2 lain tak tau.


2. Procedure
Lebih kepada “step by step” yang terlibat


3. Data
Saiz dikira dalam bit,byte,kilobyte,megabyte,gugabyte,terabyte
Dibawah merupakan jadual yang digunakan dalam pengiraan data




(cite: google image )


4. Hardware
Peralatan sampingan selaian daripada komputer contohnya mouse, printer,scanner,speaker.

 

(cite: google image )


Ia juga terbahagi kepada 5 kategori hardware :




5. Software

Arahan atau data komputer tersebut. Terbahagi kepada 2 iaitu system software dan application software.

System software

                                    

(cite: google image )


Application software


(cite: google image )


6. Komunikasi
Perpindahan maklumat / data. Tetapi dalam aspek computer, semua data dihantar ke computer melalui system binary ( I O ) untuk dienkod dan didekod.


Dibawah ini merupakan peta minda yang telah saya hasilkan bagi menerangkan secara keseluruhan apa yang saya telah belajar semasa kuliah.


Wednesday, 24 February 2016


Assalamualaikom...salam sejahtera...salam satu Malaysia.... salam UTM sanjungan bangsa...

Selamat datang ke blog ini, semoga dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua pembaca blog serba sedikit mengenai telekomunikasi dan rangkaian. Tapi ape2 pon... saya nk perkenalkan diri terlebih dahulu.

                                         
Nama : Rapii Bin Salam
Asal : Johor
Lulusan Akademik : Lepasan Politeknik Sultan Azlan Shah (Dip. Kej. Mekanikal) 



 
Sekarang sambung degree kt UTM, Skudai dalam bidang Teknologi dan Pendidikan Kej. Mekanikal. Kt bawah nie ade disediakan gambar masa konvo kt poli n masa blajar kt UTM...hahahaha



                                                         

                           muka happy sebab dh konvo !!!! alhamdulillah dengan pingat di dada




                                           

                                         huhuhu......bergambar dengan kawan sekelas kt UTM


Penulisan dalam blog ini sebenarnye merupakan salah satu tugasan yang perlu diselesaikan dalam subjek "Telecommunication And Networking".
In shaa Allah saya cuba menulis kandungan blog ini dengan sebaik mungkin berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh saya sama ada dalam kuliah ataupun di luar kuliah.

Segala kekurangan dalam blog ni adalah kekurangan daripada diri saya sndiri..... dan yang baik adalah dr Allah S.W.T.



*kalo ade yg tersilap dlm post saya.... mohon comment ye