MINGGU 11 : RANGKAIAN DAN KESELAMATAN KOMPUTER
Assalamualaikom, selamat sejahtera...alhmdulillah bertemu lagi kita dalam post saya yang terkini
Secure Socket Layer merupakan salah satu unsur keselamatan berbentuk padlock hijau terutamanya dalam urusan online seperti membuka akaun cimb-click, maybank2u dan urusan jual beli online. Kesemua urusan ini memerlukan kita untuk memasukkan username dan password. Kita mestilah terlebih dahulu memastikan terdapat padlock bewarna hijau pada laman web yang kita buka untuk menjamin keselamatan maklumat peribadi kita (nombor akaun dan password)
(cite : google image)
Selain itu, ia juga berperanan untuk melindungi transaksi kad kredit, pemindahan data dan log in.
Dalam dunia online juga terdapat percubaan untuk mencuri maklumat peribadi kita seperti Phishing dan Web Spoofing. Phishing merupakan cubaan seseorang untuk menipu kita sama ada melalui telefon, surat mahupun email demi mendapatkan password kita untuk mengakses facebook dan akaun bank. Web Spoofing pula berlaku apabila kita selalu menonton online drama, anime dan movie. Pada awalnya, tiada apa-apa yang berlaku tetapi pada satu tahap apabila kita click sahaja pada skrin, ia akan terus bawa kita ke laman web yang lain terutamanya laman web iklan yang menyebabkan kita rasa menyampah sebab terpaksa tutup webpages tersebut. Senang cerita, setiap kali kita click pada skrin, webpages lain akan terbuka.
Bukan itu sahaja malah terdapat adware, spyware, virus, worm dan trojan.
Adware merupakan advertisement yang akan keluar pada skrin kita sebagai contoh jika kita buka youtube, akan keluar iklan-iklan pada skrin youtube yang mengganggu pandangan kita.
Spyware adalah program yang dibuat dengan tujuan untuk menyelinap masuk ke dalam komputer dan menjadi “mat spy” yang tidak diketahui lansung oleh pemilik pc seperti kita. Spyware bukanlah suatu ancaman biasa, namun ianya ianya boleh menjadi sangat berbahaya dan memudaratkan si pengguna pc dan mampu mengancam privasi dan merosakkan sesuatu sistem komputer mahu pun jaringan komputer.
Virus mesti dah biase dengar. Ia yang menyebabkan file kita rosak, berubahnya kandungan sesuatu fail dan menjadi shortcut. Ia juga dapat menggandakan atau menyalin dirinya sendiri dan menyebar dengan cara menyisipkan salinan dirinya ke dalam program atau dokumen lain.
Worm atau cacing komputer, adalah sebutan untuk sebuah program yang menyebarkan dirinya di dalam banyak komputer, dengan menggandakan dirinya dalam memori setiap komputer yang terinfeksi. Sebuah worm dapat menggandakan dirinya dalam sebuah sistem komputer sehingga dapat menyebabkan sistem tersebut mengalami crash sehingga mengharuskan server harus di-restart. Beberapa worm juga menghabiskan bandwidth yang tersedia. Worm merupakan evolusi dari virus komputer.
Trojan adalah satu program “pemusnah” yang tidak dapat men-duplikasi dirinya sendiri. Program ini dilihat seperti amat berguna tetapi sebenarnya tidak. boleh dikatakan seperti “musuh dalam selimut”. Perkataan “Trojan” ini wujud dari satu mitos dari Greek. Pada masa peperangan dengan pihak Troy (Trojan), Greek telah meletak sebuah kuda kayu di luar pintu pagar kota Troy. Pihak Troy beranggapan bahawa Greek telah memberikan hadiah sebagai tanda kekalahan. Dan Troy membawa masuk kuda itu ke dalam kota mereka. Apabila malam menjelma, tentera-tentera Greek yang telah bersembunyi di dalam kuda itu keluar dan membuka pintu kota dan membolehkan tentera-tentera Greek masuk ke kota Troy dan menawan kota itu. Situasi ini samalah dengan program Trojan ini. Di mana, ianya nampak seperti amat berguna dan menarik. Tetapi kemusnahan yang dibawa adalah lebih buruk. Anda boleh dijangkiti trojan apabila anda menerima atau mendownload program-program dari Instant Messenging, warez, email attachment dan lain-lain lagi. Untuk membuang program trojan ini amat mudah. Anda hanya perlu mendelete program itu sendiri.
Thursday, 26 May 2016
Wednesday, 4 May 2016
MINGGU 10 : EMAIL @ ELECTRONIC MAIL
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca blog ini.
Dunia sekarang, email telah diiktiraf dunia sebagai satu wadah untuk menghantar dan menerima maklumat. Saya pasti setiap kita memiliki email tersendiri contohnya rapiisalam_93@yahoo.com.
rapiisalam_93 merupakan username dan @yahoo.com merupakan mail server bergantung kepada mail server yang kita gunakan seperti tm.net.my , utm.my dan gov.my.
Penghantaran email melibatkan email client dan server.
Email client merupakan aplikasi pada komputer yang membolehkan kita untuk menghantar, menerima, dan menguruskan semua email kita contohnya aplikasi yahoo, microsoft outlook, gmail dan thunderbirds.
Email server pula bertanggungjawab untuk mengurus dan menghantar email ke seluruh rangkaian melalui bantuan rangkaian internet. Ia berfungsi seperti orang tengah dalam menghantar email dari satu komputer ke komputer yang lain dan yang peliknya ia juga boleh terima email daripada komputer dan menghantar email tersebut ke email server yang lain. ia merangkumi SMTP dan POP.
Dibawah saya telah sediakan video untuk menerangkan lebih lanjut mengenai email client, email server, SMTP dan POP.
Selain daripada itu, dalam penggunaan email terdapat istilah Cc dan Bcc.
Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy. Sekiranya kita memasukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima. Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruangan Recipient/To
(cite:google image)
Bcc ialah singkatan kepada Blind Carbon Copy dimana ia digunakan apabila kita mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain. Di situlah terletaknya kegunaan Bcc untuk menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain.

(cite:youtube.com)

Subscribe to:
Posts (Atom)