Saturday, 26 March 2016

MINGGU 6 : WIRELESS TECHNOLOGY

Dunia hari ini, semua peralatan kalo boleh nak "wireless". Taklah nampak serabut sangat dengan wayar-wayar. Tapi sebenarnye peralatan "wireless" mempunyai banyak keburukan daripada yang berwayar contohnya "wireless mouse" perlu menggunakan bateri untuk berfungsi, kadang-kadang lack dan mudah rosak.

Begitu juga dengan teknologi telekomunikasi sekarang, banyak "wireless technology" telah diwujudkan seperti infrared,WiFi,broadband wireless,bluetooth dan WiMax.

INFRARED
Penghantaran data menggunakan infrared ray bukannya dalam bentuk frekuensi radio dan ia melibatkan jarak yang dekat sahaja.




(cite:google image)


Saya ade sediakan link untuk menerangkan lebih lanjut mengenai Infrared...sila klik ye



WLAN(WiFi)
Kesemua peralatan elektronik yang boleh disambungkan kepada WiFi mempunyai IEEE 802.11 untuk menyambungkan alatan elektronik dengan WiFi. Ini boleh dikatakan sebagai protokol dalam telekomunikasi. Sebagai contoh, WLAN boleh menyambungkan beberapa set pc serentak kepada yang lebih kompleks lagi dan merangkumi rangkaian infrasturktur antara setiap bangunan. Penggunaan "bridge" juga boleh digunakan dengan adanya kemudahan WiFi untuk menguhubungkan 2 rangkaian kawasan tempatan dan boleh mencapai keluasan 30 batu.

Bukan ini sahaja, malah WMAN,WWAN,WPAN juga terlibat dalam penggunaan wifi ini tetapi yang membezakannya ialah kawasan yang dirangkumi oleh mereka. Sama konsepnya seperti MAN,WAN,PAN dan LAN dalam post saya yang sebelumnya tetapi kali ini lebih kepada konsep "wireless".


(cite:google image)




BROADBAND
Memberi akses tanpa wayar yang berkelajuan tinggi dan merangkumi kawasan yang luas contohnya penyambungan komputer peribadi kepada akses internet menggunakan broadband. Broadband terbahagi kepada 2 jenis dan masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

Pertama, jenis broadband yang telah disetkan supaya penggunaannya adalah untuk satu komputer sahaja seperti maxis broadband dan perlu dimasukkan pada usb port komputer.




(cite:google image)


Kedua, jenis broadband yang boleh dibawa kemana-mana dan tidak perlu dimasukkan ke usb port komputer. Jenis ini boleh digunakan secara beramai-ramai (max. 8 orang). Namun, sekarang ia lebih dikenali sebagai personal wifi berbanding broadband.





(cite: google image )


BLUETOOTH
Ia lebih kepada konsep PAN yang merangkumi kawasan kurang daripada 10m. Teknologi ini membolehkan kita untuk sambung dan bertukar maklumat (gambar,fail) antara alatan elektronik seperti telefon bimbit, kompute riba, printer dan kamera digital. Kadang-kadang terdapat komputer yang tidak mempunyai teknologi bluetooth maka USB Bluetooh Adapter perlu dipasang untuk mengatasi masalah ini.





(cite: google image )


WIMAX 
Ia hampir menyerupai WiFi tetapi luas kawasan yang dirangkuminya adalah lebih besar daripada WiFi iaitu hampir 30 batu. Teknologi ini membekalkan internet kepada satu kawasan yang luas dan tetap.




(cite: google image )


 untuk mengetahui perbezaan antara WiFi dan WIMAX sila klik link dibawah:




Sunday, 20 March 2016



MINGGU 5 : PAMERAN I-PEINX

Assalamualaikom... alhmdulillah minggu nie kelas batal tapi kami diberi tugasan untuk menemu ramah peserta yang bertanding dalam pameran I-PEINX. Pameran ini bertujuan untuk mencari inovasi yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan masa kini. Pelbagai konsep dan rekacipta telah berjaya dihasilkan oleh peserta I-PEINX. Pameran ini merangkumi pelajar sekolah, pensyarah dan pelajar post graduate. Rasa agak terujalah juga kerana ni pertama kali melihat pameran yg macam ni kt peringkat universiti.

Saya telah memilih satu kumpulan dari MRSM, Johor. Mereka mencipta "Wifi Curtain".

Projek ini merupakan hasil idea 2 pelajar perempuan tingkatan 3 dimana mereka mendapat ilham ketika sedang berehat di ruang tamu. Oleh hal demikian, projek ini dibina atas dasar memudahkan urusan untuk membuka langsir tanpa berjalan ke tingkap dengan cara menggunakan telefon bimbit sebagai “remote control” serta merealisasikan cara hidup abad ke-21 yang semakin moden. Telefon bimbit dengan menggunakan aplikasi “Bluetooth @ Wifi” disambung pada rangkaian “arduino” yang telah di pasang pada langsir . Ini bertujuan untuk mengawal pembukaan dan penutupan langsir hanya daripada telefon pintar. Secara amnya, amat menyusahkan jika setiap hari perlu membuka dan menutup langsir. Oleh itu,mereka menggunakan permasalan ini untuk mencipta projek “Wifi Curtain”.

                                       
                                                              WIFI CURTAIN


                                       
                                                Bergambar bersama pelajar MRSM, JB


Bajet yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 50 dan peralatan yang digunakan dalam projek ini adalah motor dc, arduino, modul Bluetooth, telefon pintar dan papan litar PCB. Mereka bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain untuk membuat proses pendawaian yang terdapat pada projek ini. Mereka terpaksa memahami konsep litar demi menerangkan kepada orang lain semasa mereka membuat pameran. Menurut mereka, rangkaian projek ini merangkumi keluasan sekeliling 10 kaki sahaja untuk dikawal oleh telefon pintar, melebihi keluasan ini “arduino” tidak dapat mengesan signal daripada telefon pintar.

                                       
                                                          Peralatan yang digunakan

                                                     
                                                                  Litar lengkap


Mereka juga menggunakan aplikasi “blueard” untuk mengawal motor dc yang dikawal daripada telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari appstore dengan percuma dan sesuai untuk android sahaja. Projek ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dan projek ini telah dipamerkan di IISRO, Jakarta (2015) dan Tunas Scientist (2016).


                                                    
                                                                  Aplikasi "Blueard"

Penambah baikan yang mereka akan lakukan pada masa akan datang adalah penggunaan aplikasi Bluetooth @ wifi ditukar kepada frekuensi tepukan tangan. Frekuensi tepukan tangan yang terhasil akan menyebabkan arduino untuk berfungsi dan menggerakkan motor dc dan membuka langsir. Selain itu, aplikasi Bluetooth @ wifi ditukar kepada sensor cahaya matahari. Langsir akan terbuka apabila sensor terkena cahaya dan langsir akan tertutup apabila sensor tidak terkena cahaya matahari.

Dalam menghasilkan projek ini, mereka telah mengaitkan beberapa unsur penting dengan kehidupan seharian kita iaitu aspek mudah alih, jimatkan masa, mudah dan kos rendah.


Mudah alih- mudah dipasang dan mudah dibawa kerana komponen yang digunakan bersaiz kecil
Jimat masa- pengguna hanya perlu mengawal dari telefon pintar sahaja tanpa perlu bergerak menghampiri langsir
Mudah- mudah disambungkan antara arduino dan telefon pintar kerana pengggunaan internet berbanding wayar
Kos rendah- barang yang digunakan mudah didapati dan hanya menggunakan bilangan barang yang sedikit





Thursday, 10 March 2016

MINGGU 4 : WIRED NETWORK (CABLING)

Assalamualaikom.... salam satu Malaysia....
Minggu ini saya akan menerangkan mengenai penggunaan dan jenis wayar yg terdapat dalam telekomunikasi.

Sebenarnye, wayar merupakan medium dalam menghantar maklumat dari satu peralatan rangkaian ke peralatan rangkaian yg lain.

Setakat nie... ade 3 jenis wayar iaitu coxial,fiber optic dan twisted-pair



Coxial Cable


(cite: google image )


Wayar coxial mempunyai teras yg diperbuat drpd copper. Braided shield berfungsi utk menghalang isyarat elektromagnetik drpd memasuki wayr yg akan menjejaskan penghantaran data. foil shield pula berperanan utk menghalang interference drpd cahaya fluorescent dan komputer yg lain. 

Wayar ini sesuai utk membawa sejumlah besar penghantaran video kelajuan tinggi pada satu masa. Selalu digunakan pada wayar televisyen dan wayar telefon yg terletak di luar rumah kerana kebolehan utk menghantar data (video) dalam kuantiti yg besar dan pantas.



Fibre Optic

(cite: google image )


Fibre optik pula terasnya diperbuat drpd gelas dan diliputi oleh beberapa lapisan yg bersifat melindungi. Ia mampu utk mnghantar data dalam kadar yg terpantas berbanding coxial cable dan twisted-pair cable. Setiap helai wayar mampu bawa data utk dihantar ke beberapa station tv dan juga mampu menghantar beribu-ribu suara. Apa yg istimewa mengenai wayar ini, data dihantar dlm bentuk cahaya berbanding isyarat elektronik utk mengelakkan drpd masalah interference.



Twisted-pair Cable

(cite: google image )


Wayar jenis ini juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu STP dan UTP

UTP:
-memiliki 4 wayar yang tidak dibalut dengan shielding (lapisan aluminium)
- terdedah kpd interferrance radio dan frequency elektrik yg lain

STP:
-setiap 2 wayar dibalut dgn shielding (alpisan aluminium)
-sesuai menghadapi masalah interferrance yg berpunca dari sekeliling
- shielding (lapisan aluminum) yg berlebihan menyebabkan wayar menjadi besar @ berbonjol-bonjol

Saya juga menyertakan satu video dan satu link yg sesuai utk menerangkan lebih mendalam lagi mengenai tajuk ini..... semoga ini dapat membantu pehaman anda




klik di sini...utk mengetahui lebih lanjut mengenai "wired cable"





Saturday, 5 March 2016

MINGGU 3 : COMPUTER NETWORKING

Assalamualaikom..alhmdulillah berjumpa lagi kita dalam post saya yang ketiga ini.
Kali ini, saya akan menerangkan mengenai jenis-jenis jaringan yg terdapat dalam kehidupan seharian kita tetapi kita tidak perasan akan kewujudan mereka.


Jaringan komputer bermaksud sebuah sistem yang terdiri dari dua atau lebih komputer yang saling terhubung antara satu dengan yang lain melalui penghantaran media  atau media komunikasi sehingga dapat saling berkongsi data dan aplikasi.


Ia juga boleh ditaksirkan sebagai kumpulan sejumlah terminal komunikasi yang terdiri dari dua komputer atau lebih yang saling terhubung.


Perkara paling penting adalah, peranti tersebut boleh terima dan hantar data.



(cite: google image )

Ada 4 jenis jaringan yang dalam telekomunikasi PAN,LAN,MAN,WAN


(cite: google image )

Berdasarkan gambar dia atas, contoh yg boleh dikaitkan dengan kehidupan pelajar UTM ialah LAN merupakan jaringan internet yg disediakan di kawasan kolej masing-masing dengan bantuan router. MAN mewakili jaringan internet di seluruh kawasan UTM dan disambungkan dari satu bangunan ke bangunan lain dengan bantuan wayar yang ditanam bawah tanah. WAN pula internet yang digunakan secara antarabangsa contohnya skype atau telesidang video dimana tidak menggunakan sebarang wayar atau kabel bawah tanah sebagai perantaraan. PAN adalah jaringan pada telefon yang digunakan semata-mata untuk diri sendiri seperti data telefon,bluetooth dan infrared.


Thursday, 3 March 2016

MINGGU 2 : DATA TRANSMISSION

Pada minggu ini, kami mempelajari mengenai kaedah dan bentuk penghantaran data.


Data transmission mode ade 3 jenis
-synchronous
-asynchronous
-isochronous

Synchronous mewajibkan kedua-dua pihak untuk online pada masa yang sama walaupon berbeza tempat. Individu A nk hantr data@maklumat@imej ke individu B. Selepas individu A hantar, individu B akan dapat dan baca apa yang dihantar oleh individu A. Sebaga contoh penggunaan aplikasi whatsapp, apabila kedua-dua pihak sedang berkongsi maklumat or chatting , bluetick akan terjadi kepada apa yang dihantar oleh mereka. Ini menunjukkan kedua-dua belah pihak mendapat maklumat tersebut.

Asynchronous pula, salah satu pihak sedang online dan pihak yang lagi satu adalah offline. Walaupon pihak A telah berjaya menghantar maklumat ke pihak B, tetapi pihak B belom membaca atau membuka maklumat tersebut. Dalam aplikasi whatsapp, hanya doubletick sahaja yang akan terjadi menunjukkan mesej pihak A dh masok ke whatsapp pihak B.

Isochronous adalah penghantaran maklumat dalam masa yg telah ditetapkan dan ketepatan masa amat dititikberatkan dalam hal ini. Contohnya pergerakan jarum pada setiap jam, kesemuanya bergerak dalam kelajuan yang sama walaupon jenama jam yang berbeza.

kat bawah ni ade disediakan satu video utk menerangkan lebih mendalam lagi tentang synchronous dan asynchronous
selamat menonton...




Sekarang kita akan mempelajari mengenai bentuk susunan komputer yang lebih dikenali sebagai network topology.



(cite: google image )


Berdasarkan topology tersebut, pensyarah kami telah membuat satu aktiviti iaitu :




sape-sape yang nak jawapannye tolong tinggalkan email pada ruangan comment..... terima kasih