Sunday, 20 March 2016



MINGGU 5 : PAMERAN I-PEINX

Assalamualaikom... alhmdulillah minggu nie kelas batal tapi kami diberi tugasan untuk menemu ramah peserta yang bertanding dalam pameran I-PEINX. Pameran ini bertujuan untuk mencari inovasi yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan masa kini. Pelbagai konsep dan rekacipta telah berjaya dihasilkan oleh peserta I-PEINX. Pameran ini merangkumi pelajar sekolah, pensyarah dan pelajar post graduate. Rasa agak terujalah juga kerana ni pertama kali melihat pameran yg macam ni kt peringkat universiti.

Saya telah memilih satu kumpulan dari MRSM, Johor. Mereka mencipta "Wifi Curtain".

Projek ini merupakan hasil idea 2 pelajar perempuan tingkatan 3 dimana mereka mendapat ilham ketika sedang berehat di ruang tamu. Oleh hal demikian, projek ini dibina atas dasar memudahkan urusan untuk membuka langsir tanpa berjalan ke tingkap dengan cara menggunakan telefon bimbit sebagai “remote control” serta merealisasikan cara hidup abad ke-21 yang semakin moden. Telefon bimbit dengan menggunakan aplikasi “Bluetooth @ Wifi” disambung pada rangkaian “arduino” yang telah di pasang pada langsir . Ini bertujuan untuk mengawal pembukaan dan penutupan langsir hanya daripada telefon pintar. Secara amnya, amat menyusahkan jika setiap hari perlu membuka dan menutup langsir. Oleh itu,mereka menggunakan permasalan ini untuk mencipta projek “Wifi Curtain”.

                                       
                                                              WIFI CURTAIN


                                       
                                                Bergambar bersama pelajar MRSM, JB


Bajet yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 50 dan peralatan yang digunakan dalam projek ini adalah motor dc, arduino, modul Bluetooth, telefon pintar dan papan litar PCB. Mereka bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain untuk membuat proses pendawaian yang terdapat pada projek ini. Mereka terpaksa memahami konsep litar demi menerangkan kepada orang lain semasa mereka membuat pameran. Menurut mereka, rangkaian projek ini merangkumi keluasan sekeliling 10 kaki sahaja untuk dikawal oleh telefon pintar, melebihi keluasan ini “arduino” tidak dapat mengesan signal daripada telefon pintar.

                                       
                                                          Peralatan yang digunakan

                                                     
                                                                  Litar lengkap


Mereka juga menggunakan aplikasi “blueard” untuk mengawal motor dc yang dikawal daripada telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari appstore dengan percuma dan sesuai untuk android sahaja. Projek ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dan projek ini telah dipamerkan di IISRO, Jakarta (2015) dan Tunas Scientist (2016).


                                                    
                                                                  Aplikasi "Blueard"

Penambah baikan yang mereka akan lakukan pada masa akan datang adalah penggunaan aplikasi Bluetooth @ wifi ditukar kepada frekuensi tepukan tangan. Frekuensi tepukan tangan yang terhasil akan menyebabkan arduino untuk berfungsi dan menggerakkan motor dc dan membuka langsir. Selain itu, aplikasi Bluetooth @ wifi ditukar kepada sensor cahaya matahari. Langsir akan terbuka apabila sensor terkena cahaya dan langsir akan tertutup apabila sensor tidak terkena cahaya matahari.

Dalam menghasilkan projek ini, mereka telah mengaitkan beberapa unsur penting dengan kehidupan seharian kita iaitu aspek mudah alih, jimatkan masa, mudah dan kos rendah.


Mudah alih- mudah dipasang dan mudah dibawa kerana komponen yang digunakan bersaiz kecil
Jimat masa- pengguna hanya perlu mengawal dari telefon pintar sahaja tanpa perlu bergerak menghampiri langsir
Mudah- mudah disambungkan antara arduino dan telefon pintar kerana pengggunaan internet berbanding wayar
Kos rendah- barang yang digunakan mudah didapati dan hanya menggunakan bilangan barang yang sedikit





No comments:

Post a Comment