Assalamulaikom.... kali ni kami diajar untuk membuat webpage kami sendiri. Nak buat webpage ni lebih kepada coding komputer.... alhamdulillah dulu blajar program mesin CNC skrg blajar program buat webpage pulak. Tapi kali nie kami belajar yang basic je, nak mendalam kener sambung MASTER katanya. In shaa Allah....MASTER mu tunggu aku datang.
HTML adalah Hyper Text Markup Language. HTML lebih kepada menampilkan paparan gambar, link dan teks pada webpage yang kita akan hasilkan dan ia terletak di belakang alamat sesuatu page contohnya :
http://www.w3schools.com/html/
http://rapiisalam.blogspot.my/2016/03/computer-networking-jaringan-komputer.html
Dalam penghasilan "html" , markup tags memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu webpage. Diabawah merupakan contoh markup tags
(cite: google image )
Markup tags menetapkan bagaimana web yang kita hasilkan dipaparkan kepada orang lain apabila mereka membuka page kita.
Kami menggunakan dreamweaver untuk menghasilkan web page kami. Menurut pensyarah, dreamweaver lebih senang digunakan berbanding yang lain kerana fungsinya sama seperti microsoft word dan ia dengan automatiknya akan menghasilkan sendiri kod program html.
(cite: google image )
Gambar dibawah merupakan hasil webpage yang telah saya hasilkan menggunakan software adobe dreamweaver...
Sunday, 3 April 2016
MINGGU 8 : NETWORK TOPOLOGY DI MAKMAL KOMPUTER AKADEMI BAHASA, UTM
Assalamualaikom..... minggu ni kami telah diberi tugasan untuk melawat makmal komputer di Akademi Bahasa, UTM. Kami dikehendaki untuk mengenal pasti beberapa perkara antaranya network topology dan kebaikannya, jenis wayar yang digunakan, dan software digunakan. Dibawah merupakan penerangan serba sedikit mengenai lawatan tersebut.
Gambar diatas merupakan suasana dan susun atur komputer dalam makmal tersebut. Terdiri daripada 37 buah komputer termasuk komputer pensyarah.
Secara keseluruhannya, topology terlibat adalah jenis TREE yang terdiri daripada beberapa topology STAR dan BUS menghubungkan kesemua komputer di makmal Akademi Bahasa tetapi kami hanya fokus kepada satu makmal sahaja yang menggunakan topology BUS. Kebaikan BUS topology adalah menggunakan wayar yang paling sedikit, paling banyak digunakan dalam pejabat yang kecil, dan kos penyediaannya juga rendah kerana menggunakan wayar yang sedikit. Manakala, keburukannya adalah semua sistem akan gagal sekiranya berlaku masalah pada wayar utama, terminator diperlukan di setiap hujung wayar untuk memusnahkan maklumat yang tidak dikehendaki dan susah untuk kenal pasti masalah yang timbul pada topology BUS.
(cite : google image)
Menurut juruteknik Encik Syed Alwi, makmal disitu keseluruhannya menggunakan wayar CAT5 dan CAT6 pula kebanyakannya digunakan di Communication And Information Centre (CICT), UTM. Boleh tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan kedua-dua wayar ini.
Seterusnya, keseluruhan makmal ini menggunakan software Sanako Lab 300, yang yang dibina di Findland untuk tujuan pembelajaran Bahasa Inggeris. Gambar dibawah menunjukkan paparan Sanako Lab 300. Ia boleh mengawal aktiviti kelas dan pelajar seperti perbincangan kumpulan, telesidang dan membuat panggilan sesama pelajar dengan kebenaran dan tetapan yang telah dibuat pada komputer pensyarah. Pensyarah boleh mengetahui perbualan dan aktiviti setiap pelajarnya serta boleh mengajar menggunakan komputer contohnya pensyarah boleh menunjukkan slide di setiap komputer pelajar yang hanya boleh dikawal dari komputer pensyarah. Terdapat juga kemudahan untuk mengunci kawalan mouse dan keyboard pelajar supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lain selain dari melihat slide pensyarah tersebut.
(cite : google image)
Semasa tugasan ini juga, saya berpeluang untuk menemuramah staf CICT mengenai topology di UTM. Menurut beliau, UTM mendapat sumber daripada pihak luar kemudian daripada CICT berpecah kepada semua fakulti. UTM juga telah menarik wayar fibre optik ke satu pusat di kawasan UTM kluster dan dari pusat tersebut, ia berpecah kepada fakulti di kawasan tersebut. Maka, lengkaplah UTM dengan jaringan telekomunikasi.
Friday, 1 April 2016
MINGGU 7 : WEB SEARCHING
Assalamualaikom... minggu ini kita akan membincangkan mengenai strategi teknik pencarian maklumat di internet menggunakan kaedah Boolean.
Teknik mengemukakan pencarian maklumat melalui enjin pencarian juga amat penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau frasa sahaja! Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’ iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Jika kita ingin mendapatkan semua maklumat pula kita harus menggunakan AND iaitu ‘Internet AND searching AND skills’. Enjinpencarian akan hanya mencari tapak web yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin mencari nama khas . Kita juga boleh menggunakan simbol bagi menggantikan AND.
Untuk lebih memahami mengenai kaedah Boolean.... tontonlah video yang telah saya sediakan. Semoga ia dapat membantu anda lebih memahami mengenai post saya minggu ini.