Sunday, 3 April 2016

MINGGU 8 : NETWORK TOPOLOGY DI MAKMAL KOMPUTER AKADEMI BAHASA, UTM

Assalamualaikom..... minggu ni kami telah diberi tugasan untuk melawat makmal komputer di Akademi Bahasa, UTM. Kami dikehendaki untuk mengenal pasti beberapa perkara antaranya  network topology dan kebaikannya, jenis wayar yang digunakan, dan software digunakan. Dibawah merupakan penerangan serba sedikit mengenai lawatan tersebut.




Gambar diatas merupakan suasana dan susun atur komputer dalam makmal tersebut. Terdiri daripada 37 buah komputer termasuk komputer pensyarah. 

Secara keseluruhannya, topology terlibat adalah jenis TREE yang terdiri daripada beberapa topology STAR dan BUS menghubungkan kesemua komputer di makmal Akademi Bahasa tetapi kami hanya fokus kepada satu makmal sahaja yang menggunakan topology BUS. Kebaikan BUS topology adalah menggunakan wayar yang paling sedikit, paling banyak digunakan dalam pejabat yang kecil, dan kos penyediaannya juga rendah kerana menggunakan wayar yang sedikit. Manakala, keburukannya adalah semua sistem akan gagal sekiranya berlaku masalah pada wayar utama, terminator diperlukan di setiap hujung wayar untuk memusnahkan maklumat yang tidak dikehendaki dan susah untuk kenal pasti masalah yang timbul pada topology BUS.



(cite : google image)


Menurut juruteknik Encik Syed Alwi, makmal disitu keseluruhannya menggunakan wayar CAT5 dan CAT6 pula kebanyakannya digunakan di Communication And Information Centre (CICT), UTM. Boleh tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan kedua-dua wayar ini.





Seterusnya, keseluruhan makmal ini menggunakan software Sanako Lab 300,  yang yang dibina di Findland untuk tujuan pembelajaran Bahasa Inggeris. Gambar dibawah menunjukkan paparan Sanako Lab 300. Ia boleh mengawal aktiviti kelas dan pelajar seperti perbincangan kumpulan, telesidang dan membuat panggilan sesama pelajar dengan kebenaran dan tetapan yang telah dibuat pada komputer pensyarah. Pensyarah boleh mengetahui perbualan dan aktiviti setiap pelajarnya serta boleh mengajar menggunakan komputer contohnya pensyarah boleh menunjukkan slide di setiap komputer pelajar yang hanya boleh dikawal dari komputer pensyarah. Terdapat juga kemudahan untuk mengunci kawalan mouse dan keyboard pelajar supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lain selain dari melihat slide pensyarah tersebut. 



(cite : google image)


Semasa tugasan ini juga, saya berpeluang untuk menemuramah staf CICT mengenai topology di UTM. Menurut beliau, UTM mendapat sumber daripada pihak luar kemudian daripada CICT berpecah kepada semua fakulti. UTM juga telah menarik wayar fibre optik ke satu pusat di kawasan UTM kluster dan dari pusat tersebut, ia berpecah kepada fakulti di kawasan tersebut. Maka, lengkaplah UTM dengan jaringan telekomunikasi.



No comments:

Post a Comment